Baru – baru ini penduduk dunia di kejutkan dengan gelagat penduduk miskin di Indonesia memperjudikan nyawa mereka dengan mendapatkan rawatan alternatif bagi menyembuh penyakit mereka hadapi dengan cara yang agak bahaya gara-gara kesempitan wang. Mereka telah membaringkan diri diatas rel laluan keretapi elektrik dan rawatan ini digelar “Terapi trak”. Dikatakan rawatan rel keretapi elektrik menjadi rawatan alternatif kepada penduduk miskin Indonesia.
Kredit : Google
Mereka mempercayai arus elektrik pada rel keretapi elektrik mampu menyembuh penyakit walaupun mereka terdedah risiko digilis keretapi. Aku memang akui memang ada mesin perubatan fisioterapi yang mampu merawat pesakit dengan mengalirkan arus elektrik pada arus rendah terkawal yang tidak membahayakan nyawa pesakit. Cara orang Indonesia yang membaringkan diri diatas rel keretapi elektrik adalah tindakan berani.Mungkinkah perkara ini ada kena mengena dengan alat terapi elektrostatik yang didapat di pasaran sekarang ni?
Kredit: AlJazeera
Pesanan: Jangan lakukan aksi ini kerana aksi ini merbahaya!!!
